07 June 2011

BLOOD DONATION




Penderma darah adalah istimewa. Ini adalah kerana tidak semua orang layak untuk menjadi seorang penderma darah. Terdapat beberapa kriteria yang melayakkan seseorang itu untuk menderma darah. Di antara kriteria yang ditetapkan adalah seperti berikut.
不是每个人都有捐血的资格;如果你有,那么恭喜你!捐血者需具备以下的条件:

1. Sihat tubuh badan pada hari pendermaan.
捐血当天必须是健康的。

2. Berumur di antara 18-60 tahun.
年龄介于18至60岁之间。
- Bagi yang berumur 17 tahun, perlu mendapatkan kebenaran bertulis daripada
ibubapa atau penjaga.
17岁的捐血者必须得到父母或监护人的同意书。
- Bagi yang berumur 61-65 tahun, perlu mendapatkan kelulusan bertulis daripada
doktor mengenai tahap kesihatan badan.
61至65岁的捐血者则需获取医生证明的健康报告。

3. Berat badan melebihi 45 kg.
体重超过45公斤。

4. Tidur melebihi 5 jam pada malam sebelum hari pendermaan.
捐血的前一天,睡眠时间须超过5小时。

5. Tiada masalah kesihatan.
身体健康。

6. Tidak mengambil sebarang ubat-ubatan.
没有服食任何药物。
a. Tidak mengambil antibiotik dalam tempoh 7 hari sebelum hari pendermaan.
捐血前7天,没有服食抗生素。
b. Sila rujuk pegawai perubatan bertugas untuk ubat-ubatan lain.
请询问药物官员有关其他的药物。

7. Telah mengambil makanan sebelum menderma darah (tidak berpuasa).
不能空肚捐血。

8. Tidak terlibat di dalam sebarang kegiatan berisiko tinggi seperti berikut.
没有参与以下高风险的活动:
a. Hubungan jenis sesama jantina (homoseksual)
同性恋
b. Hubungan jenis dengan kedua-dua jantina (biseksual)
双性恋
c. Hubungan jenis dengan pekerja seks komersial / pelacur
嫖妓
d. Bertukar-tukar pasangan hubungan jenis
交换性伴侣
e. Mengambil dadah secara suntikan
针孔吸毒
f. Menjadi pasangan hubungan jenis kepada mana-mana golongan di atas.
曾与以上族群发生性关系

9. Pendermaan terakhir sekurang-kurangnya 3 bulan untuk penderma darah penuh (whole
blood), dan 2 minggu untuk penderma aferesis.
捐血者须相隔3个月后才能再度捐血。

10.Untuk penderma wanita.
女性的捐血者:
a. Tidak mengandung.
不是孕妇
b. Tidak datang haid.
并非月经期
c. Tidak menyusukan anak.
没有喂母乳

11.Jangan menderma darah jika anda:
不要捐血,若你...
a. Pernah tinggal di United Kingdom (England, Northern Ireland, Scotland, Wales,
Isle of Man atau Channel Island) atau Republik Ireland dari tahun 1980 hingga
1996 untuk tempoh 6 bulan atau lebih.
曾经于1980至1996年居住过英国(英格兰、北爱尔兰、苏格兰、威尔士、马恩岛或频道岛)或爱尔兰共和国长
达6个月或以上。
b. Pernah tinggal di benua Eropah dari tahun 1980 hingga sekarang untuk tempoh 6
bulan atau lebih.
曾经于1980至现在居住在欧洲长达6个月或以上。


NASIHAT KEPADA PENDERMA
给捐血者的忠告

Setiap kali selepas menderma darah, anda adalah dinasihatkan untuk memberi perhatian terhadap perkara-perkara berikut.
捐血后,您必须注意以下几件事:

1. Tekan kuat pada bekas cucukan jarum sambil berehat sekurang-kurangnya 10 minit di
atas katil sebelum bangun.
在起身之前;紧紧按着伤口,在床上休息最少10分钟。

2. Ambil sedikit minuman dan makanan ringan yang disediakan sebelum meninggalkan
tempat pendermaan.
离开之前,在休息处获取一些饮料及小吃。

3. Ambil sebiji tablet zat besi dan asid folik yang dibekalkan sehari sekali selepas
makan. Ini akan membantu anda membina kembali sel-sel darah merah yang telah anda
dermakan.
用餐过后,服食一颗zat besi和asid folik的药丸。这能助于帮助红血球再生。

4. Berhati-hati semasa memandu atau sewaktu bekerja menggunakan mesin.
小心驾驶或需要用到机械的工作。


Dalam masa 24 jam selepas menderma.
捐血后的24小时:

1. Elakkan diri daripada aktiviti-aktiviti sukan atau senaman berat, atau mengangkat
barangan yang berat.
避免运动或举重的物品。

2. Elakkan minuman keras.
避免喝酒。

3. Lebihkan meminum air
多喝水。

4. Jika anda mengalami sebarang reaksi atau tindak balas seperti pening atau rasa
ingin pitam, baringkan diri anda selama beberapa minit dengan kedua-dua kaki
dinaikkan melebihi paras kepala.
若出现晕眩,躺下并高举双腿至头部。

Sekiranya anda berasa tidak sihat/selesa, ataupun terdapat tanda lebam, bengkak atau sakit dibahagian yang dicucuk, sila hubungi segera Pegawai Perubatan Pusat Darah Negara di nombor 03-2693 3888 / 03-2695 5564.
若有不适或在伤口处发现淤伤,肿或疼痛;请即联络国家血库中心:03-2693 3888 / 03-2695 5564。

Dermaan anda merupakan sumbangan yang tidak ternilai kepada masyarakat. Adalah diharapkan agar anda jadikan pendermaan anda ini suatu amalan yang berterusan di dalam hidup anda.
您所捐的血对社会有无比的贡献,请持续下去。


Keistimewaan Penderma Darah
捐血者的福利

Penderma - penderma darah yang menderma di Pusat Darah Negara dan lain - lain Tabung Darah di Hospital Kerajaan adalah layak mendapatkan rawatan percuma seperti di jadual berikut.
捐血者可以得到免费的医疗服务如下:

Jadual Keistimewaan Rawatan Penderma Darah di Fasiliti Kesihatan (Hospital, Institusi dan Klinik Kesihatan), Kementerian Kesihatan Malaysia mengikut Surat Pekeliling KPK 5/2005 bertarikh 20 Julai 2005.
捐血者的福利,按照卫生部的通知KPK 5/2005于2005年7月20日。

KEKERAPAN MENDERMA DAN KEISTIMEWAAN RAWATAN
捐血次数 和 医疗的福利

1 kali/ Percuma rawatan pesakit luar dan
rawatan perubatan (tidak termasuk
bayaran X-ray dan pembedahan) dan
wad kelas dua untuk tempoh 4 bulan.
1 次 免费门诊治疗(不包括照X-光和手术),和二
等病房为期4个月。

2 kali (dalan tempoh 12 bulan) Percuma suntikan pencegahan Hepatitis B
2 次(1年内) 免费注射B型肝炎的防御针。

2 ~ 5 kali Percuma rawatan pesakit luar dan
rawatan perubatan dan wad kelas dua
untuk tempoh 4 bulan.
2 至 5 次 免费门诊治疗,医疗和二等病房为期4个月。

6 ~ 10 kali Percuma rawatan pesakit luar selama 1
tahun dan rawatan perubatan dan wad
kelas dua untuk tempoh 6 bulan.
6 至 10 次 免费门诊治疗为期1年,医疗和二等病房为期6个月。

11 ~ 15 kali Percuma rawatan pesakit luar selama 2
tahun dan rawatan perubatan dan wad
kelas dua untuk tempoh 1 tahun.
11 至 15 次 免费门诊治疗为期2年,医疗和二等病房为期1年。

16 ~ 20 kali Percuma rawatan pesakit luar dan
rawatan perubatan dan wad kelas dua
untuk tempoh 2 tahun.
16 至 20 次 免费门诊治疗,医疗和二等病房为期2年。

21 ~ 30 kali Percuma rawatan pesakit luar dan
rawatan perubatan dan wad kelas dua
untuk tempoh 3 tahun.
21 至 30 次 免费门诊治疗,医疗和二等病房为期3年。

31 ~ 40 kali Percuma rawatan pesakit luar dan
rawatan perubatan dan wad kelas satu
untuk tempoh 4 tahun.
31 至 40 次 免费门诊治疗,医疗和头等病房为期4年。

41 ~ 50 kali Percuma rawatan pesakit luar dan
rawatan perubatan dan wad kelas satu
untuk tempoh 6 tahun.
41 至 50 次 免费门诊治疗,医疗和头等病房为期4年。

Lebih 50 kali Percuma rawatan pesakit luar dan
(bagi penderma“Whole blood”) rawatan perubatan dan wad kelas
dan Lebih 150 kali satu untuk tempoh 10 tahun dan wad
(bagi penderma aferesis) kelas dua seumur hidup selepas
10 tahun di wad kelas satu.
超过50次(Whole Blood)和超过150次(Aferesis) 免费门诊治疗,医疗和头等病房为期10年。10年过后,
终身免费二等病房。

No comments:

Post a Comment